KLMU Sabah Kini Terbuka Untuk Pelajar Dari Sarawak

KLMU Sabah yang terletak di Kota Kinabalu dengan kerjasama Cosmopoint International College of Technology (CICT) akan memulakan sesi pengajian sepenuhnya pada bulan September 2010 apabila kampus baru yang terletak di Inanam siap sepenuhnya.


Walaupun ianya terletak di Kota Kinabalu, Sabah tetapi tujuan utama kewujudan KLMU Sabah adalah untuk membolehkan para pelajar di Sabah dan Sarawak menyambung pengajian mereka tanpa perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk kursus-kursus tambahan yang telah dan akan ditawarkan kelak.

Kepada para para pelajar yang berada dan berasal dari Sarawak, ini adalah peluang yang baik untuk anda. Ini kerana Sabah dan Sarawak adalah negeri berjiran dan sudah tentu jaraknya tidaklah sejauh antara Sarawak dan Kuala Lumpur. Budaya yang hampir sama antara penduduk Sabah dan Sarawak juga sudah tentu membolehkan para pelajar menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan juga perbelanjaan yang lebih murah berbanding jika pelajar terpaksa pergi ke kampus induk KLMU yang terletak di Kuala Lumpur.

Kepada para pelajar dari Sarawak, ini adalah peluang yang baik bagi anda. Untuk tujuan pendaftaran anda boleh mengisi Borang Pra Permohonan Online kami. Kami akan menghubungi anda dengan kadar yang segera. KLMU Sabah yang terletak di Kota Kinabalu mengalu-alukan kehadiran anda untuk menjadi keluarga KLMU Kota Kinabalu.

UPDATES: Selepas maklumat mengenai pelajar yang berasal dari Sarawak berpeluang untuk melanjutkan pendidikan mereka ke KLMU Sabah, kita telah menerima banyak maklum balas daripada pelajar Sarawak. Pendaftaran untuk sesi pengajian bermula 7hb Jun 2010 masih dibuka. Kepada mereka yang berminat anda masih boleh mengambil peluang ini untuk mendaftar. Sila berhubung dengan Pegawai Pendaftaran KLMU Sabah di Kota Kinabalu En. Tom ditalian 016-8445143. Jumpa anda di puncak kejayaan.

ADVERTISEMENT:

Adakah anda sedang mencari biasiswa? Untuk mendapatkan informasi biasiswa terkini di Malaysia layari >> www.pendidikanmalaysia.com