DIPLOMA IN PRODUCT DESIGN

Diploma in Product Design atau Diploma Seni Reka Produk adalah salah satu kursus yang menarik dan mendapat sambutan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun kursus ini masih belum ditawarkan di KLMU Sabah atau sering juga dikenali sebagai KLMU Kota Kinabalu.


Apa itu Seni Reka Produk?

Rekabentuk Produk merupakan bidang dunia penciptaan produk yang terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. Semua produk di sekitar anda merupakan hasil rekaan Perekabentuk Produk seperti kereta, telefon, kerusi, basikal, lampu hiasan dan sebagainya

Diploma Rekabentuk Produk KLMU menggabungkan aktiviti seni rekaan dan teknologi pembuatan produk. Anda akan dibekalkan dengan kemahiran kajian dan penyelidikan, pengembangan bakat kreativiti dan mahir menggunakan teknologi terkini untuk merealisasikan produk rekaan anda. Selepas idea dilakar, rekaan anda akan dibangunkan menggunakan perisian rekabentuk 3D berkomputer. Berberapa penilaiaan dan ujian tertentu akan dilakukan keatas produk rekaan tersebut sebelum sampel produk dihasilkan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?

a. Anda minat melukis - Lakarkan idea-idea imaginatif anda menjadi realiti
b. Anda minat mereka dan mencipta - hasilkan rekaan produk-produk kreatif yang berinovasi tinggi dan berpotensi untuk dikemorsilkan. Gabungkan bakat kreatif dan perniagaan!
c. Ingin melihat idea anda dipasarkan - Dunia rekabentuk produk adalah bidang anda!
d. Anda kreatif dan inovatif - Sahut cabaran Malaysia 2010: Tahun Inovasi dan Kreativiti, jadikan Seni Reka Produk sebagai bidang pengajian anda.

Peluang Kerjaya

Pelbagai pekerjaan professional yang menarik menanti graduan perekabentuk produk. Anda akan berpeluang berkerja dalam pelbagai industri sebagai:
  • Perekabentuk Automotif
  • Perekabentuk Perabot
  • Pereka Set dan Ruang
  • Jururunding Rekabentuk
  • Perekabentuk Sistem Dapur
  • Perekabentuk Barangan Elektronik
  • Perekabentuk Sistem Pejabat
  • Pereka Hias Ruangan Pameran
  • Pembuat Model 3D (manual/berkomputer)
  • Pereka Kasut dan Aksesori
  • Pelukis Plan
  • Penasihat Pemasaran / Penjenamaan Produk
  • Perekabentuk Pembungkusan
  • Perekabentuk produk berasaskan plastik, logam dan kayu
Jika anda seorang yang kreatif dan minat dalam bidang rekacipta kursus ini adalah sesuai untuk anda.

Buat masa ini kursus ini belum lagi ditawarkan di KLMU Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun jika anda berminat anda boleh datang terus ke pejabat pendaftaran KLMU Sabah di Tingkat 4, Menara MAA, Api Api Center, Kota Kinabalu, Sabah. Kami akan uruskan pendaftaran dan perjalanan anda ke kampus induk KLMU di Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus ini.

ADVERTISEMENT:

Adakah anda sedang mencari biasiswa? Untuk mendapatkan informasi biasiswa terkini di Malaysia layari >> www.pendidikanmalaysia.com