SELAMAT DATANG!!!

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baru sesi pengajian bermula 7th June 2010 baru-baru ini. Kehadiran anda untuk menyertai keluarga KLMU dan COSMOPOINT Sabah adalah amat dialu-alukan.

Kedatangan anda untuk belajar di sini adalah satu titik permulaan yang amat penting dalam hidup anda. Diharapkan bahawa anda gunakan masa anda di sini untuk menimba seberapa banyak ilmu dan kemahiran yang boleh anda gunakan pada masa akan datang.

Menimba ilmu bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kesabaran, semangat, kesungguhan dan impian yang kuat. Anda mungkin akan menghadapi situasi-situasi yang sukar seperti matapelajaran yang susah, masalah kewangan dan juga mungkin terpaksa menepis pengaruh-pengaruh negative luaran tetapi jika anda sudah membulatkan tekad dan usaha kami yakin dan percaya bahawa anda boleh melakukannya dan akan berjaya kelak.

Sepanjang anda belajar disini anda dinasihatkan untuk belajar bersungguh-sungguh dan patuh kepada arahan-arahan dan peraturan-peraturan kolej. Kesemua arahan dan peraturan tersebut bukanlah bermaksud untuk menyusahkan anda tetapi untuk membentuk anda supaya menjadi insan yang berakhlak tinggi dan berdisiplin.

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran mengenai pengajian anda sila berhubung dengan pensyarah-pensyarah anda dan juga pengetua kolej. Pihak kolej akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk anda.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan Selamat Datang dan Tahniah kerana memilih KLMU dan COSMOPOINT SABAH sebagai tempat untuk anda membentuk masa depan anda.

ADVERTISEMENT:

Adakah anda sedang mencari biasiswa? Untuk mendapatkan informasi biasiswa terkini di Malaysia layari >> www.pendidikanmalaysia.com