NOTE: Selamat datang ke http://www.klmusabah.com. Webpage ini bukan website rasmi Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU). Webpage ini dikendali dan diselangara oleh kakitangan Cosmopoint College, Kota Kinabalu Sabah untuk pendaftaran pelajar baru dan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai Cosmopoint College.

DIPLOMA IN PRODUCT DESIGN


Diploma in Product Design atau Diploma Seni Reka Produk adalah salah satu kursus yang menarik dan mendapat sambutan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun kursus ini masih belum ditawarkan di KLMU Sabah atau sering juga dikenali sebagai KLMU Kota Kinabalu.

Apa itu Seni Reka Produk?

Rekabentuk Produk merupakan bidang dunia penciptaan produk yang terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. Semua produk di sekitar anda merupakan hasil rekaan Perekabentuk Produk seperti kereta, telefon, kerusi, basikal, lampu hiasan dan sebagainya

Diploma Rekabentuk Produk KLMU menggabungkan aktiviti seni rekaan dan teknologi pembuatan produk. Anda akan dibekalkan dengan kemahiran kajian dan penyelidikan, pengembangan bakat kreativiti dan mahir menggunakan teknologi terkini untuk merealisasikan produk rekaan anda. Selepas idea dilakar, rekaan anda akan dibangunkan menggunakan perisian rekabentuk 3D berkomputer. Berberapa penilaiaan dan ujian tertentu akan dilakukan keatas produk rekaan tersebut sebelum sampel produk dihasilkan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?

a. Anda minat melukis - Lakarkan idea-idea imaginatif anda menjadi realiti
b. Anda minat mereka dan mencipta - hasilkan rekaan produk-produk kreatif yang berinovasi tinggi dan berpotensi untuk dikemorsilkan. Gabungkan bakat kreatif dan perniagaan!
c. Ingin melihat idea anda dipasarkan - Dunia rekabentuk produk adalah bidang anda!
d. Anda kreatif dan inovatif - Sahut cabaran Malaysia 2010: Tahun Inovasi dan Kreativiti, jadikan Seni Reka Produk sebagai bidang pengajian anda.

Peluang Kerjaya

Pelbagai pekerjaan professional yang menarik menanti graduan perekabentuk produk. Anda akan berpeluang berkerja dalam pelbagai industri sebagai:
  • Perekabentuk Automotif
  • Perekabentuk Perabot
  • Pereka Set dan Ruang
  • Jururunding Rekabentuk
  • Perekabentuk Sistem Dapur
  • Perekabentuk Barangan Elektronik
  • Perekabentuk Sistem Pejabat
  • Pereka Hias Ruangan Pameran
  • Pembuat Model 3D (manual/berkomputer)
  • Pereka Kasut dan Aksesori
  • Pelukis Plan
  • Penasihat Pemasaran / Penjenamaan Produk
  • Perekabentuk Pembungkusan
  • Perekabentuk produk berasaskan plastik, logam dan kayu
Jika anda seorang yang kreatif dan minat dalam bidang rekacipta kursus ini adalah sesuai untuk anda.

Buat masa ini kursus ini belum lagi ditawarkan di KLMU Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun jika anda berminat anda boleh datang terus ke pejabat pendaftaran KLMU Sabah di Tingkat 4, Menara MAA, Api Api Center, Kota Kinabalu, Sabah. Kami akan uruskan pendaftaran dan perjalanan anda ke kampus induk KLMU di Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus ini. Sila rujuk Panduan Memohon Biasiswa Di Malaysia dan Senarai Biasiswa Terkini Di Malaysia

SELAMAT DATANG!!!

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baru sesi pengajian bermula 7th June 2010 baru-baru ini. Kehadiran anda untuk menyertai keluarga KLMU dan COSMOPOINT Sabah adalah amat dialu-alukan.

Kedatangan anda untuk belajar di sini adalah satu titik permulaan yang amat penting dalam hidup anda. Diharapkan bahawa anda gunakan masa anda di sini untuk menimba seberapa banyak ilmu dan kemahiran yang boleh anda gunakan pada masa akan datang.

Menimba ilmu bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kesabaran, semangat, kesungguhan dan impian yang kuat. Anda mungkin akan menghadapi situasi-situasi yang sukar seperti matapelajaran yang susah, masalah kewangan dan juga mungkin terpaksa menepis pengaruh-pengaruh negative luaran tetapi jika anda sudah membulatkan tekad dan usaha kami yakin dan percaya bahawa anda boleh melakukannya dan akan berjaya kelak.

Sepanjang anda belajar disini anda dinasihatkan untuk belajar bersungguh-sungguh dan patuh kepada arahan-arahan dan peraturan-peraturan kolej. Kesemua arahan dan peraturan tersebut bukanlah bermaksud untuk menyusahkan anda tetapi untuk membentuk anda supaya menjadi insan yang berakhlak tinggi dan berdisiplin.

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran mengenai pengajian anda sila berhubung dengan pensyarah-pensyarah anda dan juga pengetua kolej. Pihak kolej akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk anda.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan Selamat Datang dan Tahniah kerana memilih KLMU dan COSMOPOINT SABAH sebagai tempat untuk anda membentuk masa depan anda.