NOTE: Selamat datang ke http://www.klmusabah.com. Webpage ini bukan website rasmi Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU). Webpage ini dikendali dan diselangara oleh kakitangan Cosmopoint College, Kota Kinabalu Sabah untuk pendaftaran pelajar baru dan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai Cosmopoint College.

Kursus Diploma Kejururawatan


Kami menerima banyak pertanyaan dan permohonan daripada orang ramai mengenai kelayakan dan status permohonan mereka mengenai Diploma Kejururawatan.

Kepada semua yang berminat untuk mengambil kursus Diploma Kejururawatan, dukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut belum lagi ditawarkan di KLMU Sabah buat masa ini.

Kursus tersebut hanya dijalankan di KLMU Kuala Lumpur pada ketika ini. Kepada yang masih berminat pihak KLMU Sabah boleh membantu anda untuk membuat pendaftaran dan seterusnya menguruskan perjalanan anda ke KLMU di Kuala Lumpur.

Jika anda berminat dan sanggup mengambil kursus Diploma Kejururawatan di KLMU Kuala Lumpur, anda bolehlah berhubung dengan pegawai pendaftaran kami Encik. Tom Ukung, di Tingkat 4, Menara MAA, Api-Api Center, Kota Kinabalu atau di talian 016-8445143.

Selamat belajar dan semoga maju jaya. Sila rujuk Panduan Memohon Biasiswa Di Malaysia dan Senarai Biasiswa Terkini Di Malaysia