KLMU Sabah Student Intake - JANUARY 2014

KLMU Sabah akan mengadakan intake untuk sesi Pengajian bermula JANUARY 2014. Pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus dengan kami dipelawa untuk berhubungan dengan kami dan mendaftar awal.

Latar Belakang KLMU Sabah

Kolej KLMU Kampus Kota Kinabalu ditubuhkan untuk member peluang kepada masyarakat khususnya lepasan SPM untuk mengikuti pengajian tinggi serta latihan professional.

Penubuhan ini membuktikan bahawa KLMU KK berusaha dalam menyediakan peluang pendidikan dengan kos pembelajaran yang berpatutan kepada setiap warga Malaysia agar tiada seorang pun yang tercicir peluang melanjutkan pelajaran demi masa depan

KLMU KK adalah kolej di bawah naungan Kumpulan Pendidikan KLMU Sabah yang dimiliki oleh Ekuiti NasionalBerhad (Ekuinas).

Lokasi Kami

Kolej KLMU Sabah terletak ditempat yang strategik di pusat bandar Kota Kinabalu. Kami memiliki dua kampus utama iaitu kampus yang terletak di Tingkat 4 Menara MAA, No 6, LorongApi-Api 1, Kota Kinabalu dan yang kedua di Wisma Times, No 2, 1KM , JalanTuaran Bypass, Kota Kinabalu

Kursus Yang Ditawarkan

KLMU KK menawarkan program-program Diploma di dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan, Kejuruteraan dan TeknologiMatlumat, Hospitaliti dan Perlancongan, Persekitaran Binaan, Sains Kesihatan, SeniLukis & SeniReka dan Bahasa dan Komunikasi. Anda boleh memilih mana-mana kursus bergantung kepada kelayakan akademik di peringkat SPM anda.

Syarat-Syarat Kelayakan Yang Diperlukan
Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti kursus-kursus peringkat diploma di KLMU  KK.

Kelayakan Minima untukPeringkat diploma:
a. Lulus SPM dengan memperolehi 3 kredit dalam mana-mana subjek
b. Lulus sijil berkaitan daripada politeknik
Atau kelulusan UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 subjek

Jadual Pengambilan Pelajar
Sesi pengambilan untuk sesi November 2013 kini di buka. Bagi pemohon yang tidak mendapat sebarang tawaran penempatan di IPTA, mereka boleh menyertai kami untuk pengambilan Nov 2013 ini.

Dan bagi pemohon yang sudah bekerja tetapi ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kami juga boleh mempertimbangkan permohonan mereka untuk melanjutkan pelajaran di KLMU Sabah.

Kami menawarkan pendidikan berkualiti & berpatutan untuk semua. Pelajar perlu bayar RM200 sahaja untuk memulakan kursus Diploma. Yuran pengajian akan dibayar sepenuhnya melalui pinjaman PTPTN atau MARA bagi mereka yang layak.

Elaun khas sebanyak RM500 pelajar dan juga biasiswa dalam bentuk vaucher bernilai RM1000 diberikan kepada pelajar yang mendaftar di KLMU. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

Jangan melepaskan peluang ini untuk mendaftar awal untuk menggelakan ke gagalan mendapatkan tempat di KLMU.

Mengapa Memilih KLMU College Kota Kinabalu?
Terdapat lima (5) sebab utama mengapa KLMU KK sebagai pilihan utama anda.

1. Belajar di KLMU adalah mudah dan pelajar tak perlu berada jauh dari rumah untuk memenuhi impian
2. Institusi menyediakan kualiti pendidikan tinggi yang berkualiti dan berpatutan
3. Pensyarah member pendedahan pembelajaran melalui aspekteori dan pratikal
4. Kurikulum pembelajaran kami tertumpu kepada kecekapan dan kemahiran selain menumpu kepada pengetahuan
5. Ia dilengkapi dengan kemudahan moden dan terkini untuk membantu pelajar membiasakan diri dengan kemahiran tertentu

Apakah Yang Membezakan KLMU College Berbanding Kolej-Kolej Yang Lain?
Kami menekankan kepada pendidikan teori disepadukan dengan amalan praktikal dunia industri.

Ini membantu pelajar memahami cabaran semasa adalam dunia pekerjaan dan menjadikan mereka lebih bersedia setelah tamat pengajian

Bagaimana Pelajar Dilatih di KLMU?
Penekanan latihan dan pembelajaran secara bertujuan – member peluang kepada masyarakat khususnya lepasan SPM untuk mengikuti pengajian tinggi serta latihan professional.

Latihan praktikal serta kemahiran pembangunan pada masa ini membantu untuk mewujudkan graduan yang lebih berkaliber.

Pelajar turut dilatih dalam pelbagai aspek seperti menyelesaikan masalah, pemikiran kritis dan kreatif.

Kolej juga menggalakkan pelajar untuk mengambil bahagian dalam kerja berkumpulan di mana mereka akan didedahkan dengan perancangan, strategi, perkongsian idea, dan bertanggungjawab untuk menyiapkan sesuatu projek.

Fasiliti Dan Kemudahan Untuk Pelajar
Kami menyediakan fasiliti termasuk perpustakaan, makmal perubatan, makmal berkomputer, makmal multimedia, studio fotografi, studio seni dan kraf, studio filem dan penyiaran.

Beberapa juta telah dilaburkan bagi Fakulti Hospitaliti dan Perlancongan untuk membian fasiliti moden dan canggih antaranya dapur latihan senikulinari & seni pastry serta restoran ‘fine dining’.

Manakala kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar KLMU termasuklah asrama, pengangkutan dan perlindungan polisi takaful.

Kami juga membantu pelajar mendapatkan ‘job placement’
i. Dengan perniagaan SME di pusat Bandar untuk member peluang pekerjaan. 
ii. Graduan juga boleh menyertai program latihan praktikal di syarikat-syarikat dalam portfolio Ekuinas  yang terlibat dalam sector seperti barangan pengguna bergerak pantas (FMCG), minyak & gas, logistik, pendidikan, perniagaan runcit, makanan & miniuman (F&B) dan dijangkan akan lebih banyak peluang pada masa akan datang.

Cara Untuk Memohon Masuk Ke KLMU Sabah
Berikut ialah empat (4) cara untuk memohon kemasukan ke Kolej KLMU Sabah

1. Pelajar hanya perlu bawa salinan IC, keputusan SPM/Sijil/UEC dan wang pendaftaran berjumlah RM200 sahaja
2. Berjumpa dengan kaunselor kami di pejabat. (bawa bersama sijil dan transkrip anda)
3. Hubungi kampus kami di talia 088-389004 atau 088-260 991 ATAU
4. Mendaftar secara online di BORANG PENDAFTARAN ONLINE KLMU COLLEGE

ADVERTISEMENT:

Adakah anda sedang mencari biasiswa? Untuk mendapatkan informasi biasiswa terkini di Malaysia layari >> www.pendidikanmalaysia.com