Pameran Kreatif Mampu Mengasah Minda Dan Kemahiran

Kuliah Creative And Critical thinking, Fakulti Pengajian Am, Kolej Cosmopoint telah mengadakan pameran kreatif dibawah penyeliaan pensyarah, Pn. Norishabella Hashim pada 2 Oktober 2013.

Pameran ini melibatkan 100 pelajar yang mengambil subjek tersebut pada semester ini. Tujuan penganjuran program ini bagi meningkatkan kefahaman pelajar mengenai Creative and Critical Thinking serta melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis.

“Pameran ini merupakan satu penghargaan kepada pelajar yang telah mencipta produk supaya mereka gembira dan berkongsi sesuatu kepada pelajar lain dan apa yang mereka telah lakukan, rasa lebih dihargai ‘” Puan Norishbella.  Pelajar mengambil masa selama dua minggu bagi menyiapkan pameran kreatif yang mana pelajar digalakkan mencipta apa-apa produk seperti 5 teka-teki dan jawapan. “Saya harap pelajar boleh memberikan kerjasama apabila diberikan segala tugasan kerana ini merupakan tanggungjawab pelajar, dan harap pelajar akan lebih bersedia di masa akna datang dan lebih kreatif,” katanya.

Didikan yang diberi adalah bagi memastikan pelajar memahami apa yang berlaku di setirannya, dan memberikan pendedahan tentang kreativiti agar pelajar boleh mencipta sesuatu yang baru dan berguna. Di samping itu, pensyarah percaya bahawa semua pelajar mempunyai kreatif di dalam semua pembelajaran dari segi produk dan aktiviti.

ADVERTISEMENT:

Adakah anda sedang mencari biasiswa? Untuk mendapatkan informasi biasiswa terkini di Malaysia layari >> www.pendidikanmalaysia.com