Anda boleh rujuk artikel terdahulu kami mengenai Culinary Arts Job Prospects untuk maklumat lebih lengkap dan terperinci.
Prospek kerjaya untuk pelajar-pelajar pemegang Diploma Seni Kulinari di Sabah juga semakin meningkat seiring dengan kepesatan industri pelancongan di Sabah mutakhir ini.
MATLAMAT KURSUS
a. Diploma Seni Kulinari mensasarkan mendidik pelajar berkenaan operasi makanan dan pengurusan yang menggabungkan unsur-unsur kesenian di dalam kulinari serta kemahiran dan latihan secara " hands-on" di dapur pada peringkat profesional.
b. Jurusan ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan pasaran yang melalui perubahan dalam pelbagai jenis lapangan kerjaya kreatif.
c. Ia turut membantu pelajar memperoleh pengetahuan secara khusus dan menekankan kemahiran dan pengalaman dalam bidang kulinari di peringkat antarabangsa mahupun memenuhi kehendak industri kerjaya masa kini.
PELUANG PEKERJAAN
* Pembantu dan tukang masak di hotel, resort, industri kapal persiaran, hospital, asrama, kedai makan, katering penerbangan dan lain-lain.
* Chef penyelidikan dan pembangunan.
* Pengkritik, wartawan atau penulis makanan, perunding dalam pembuatan dan pengeluaran pelbagai jenis makanan berkualiti.
* Penolong Pengurus dan pengawal dalam pengurusan makanan dan minuman (F&B).
* Meraih kerjaya sebagai jurujual atau perunding makanan dan katerer.