Pengiktirafan MQA Dan JPA - Cosmopoint Sabah

Soalan ini sering ditanya, apakah Cosmopoint Sabah mendapat pengiktirafan penuh dari MQA dan JPA? Jawapannya ialah YA dan ianya telah diberi pengiktirafan penuh oleh MQA. Sijil-sijil pengiktirafan ada dipamerkan di galeri Cosmopoint Sabah. Anda boleh datang dan menbuat semakan jika masih ragu-ragu.

Pengiktirafan MQA dan JPA Cosmopoint College Sabah
Mengapa pengiktirafan MQA ini penting? Ianya penting kerana jika kolej itu tidak diiftiraf oleh MQA pelajar yang belajar di kolej tersebut tidak akan layak/tidak boleh memohon pinjaman PTPTN dan sijil diplomanya tidak dapat digunakan untuk sambung pengajian ke IPTA. Jika berkhidmat dalam perjawatan kerajaan, anda sukar untuk mendapat pengesahan jawatan. Maka adalah amat penting pelajar memastikan dan menyemak sama ada kolej itu diiktiraf MQA atau sebaliknya sebelum membuat keputusan menyambung pelajaran ke kolej tersebut.

Cosmopoint Kota Kinabalu adalah diiktiraf oleh JPA & MQA hal ini penting bagi sesebuah institusi swasta seperti Cosmopoint Sabah dan juga Cosmopoint College di cawangan lain. Ini juga merupakan salah satu faktor yang sering kali membuat kebanyakan pelajar yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian ke Institusi Pengajian Awam sama sekali menolak tawaran untuk belajar di IPTS.

Cosmopoint Sabah misalnya merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang pada masa kini mendapat tumpuan daripada para pelajar lepasan SPM untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat Diploma. Ini kerana Cosmopoint Sabah bukan sahaja merupakan salah satu institusi yang telah lama wujud di Sabah malah juga beroperasi di ibu kota- Kota Kinabalu yang mana pelajar tidak perlu keluar ke tempat lain untuk belajar. Selain itu, Cosmopoint juga merupakan antara intitusi yang mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

Tidak dinafikan, jika dibandingkan dengan IPTA, IPTS seperti Cosmopoint College adalah lebih mahal yuran pengajiannya. Walaubagai manapun, itu bukan lagi menjadi isu besar pada masa kini kerana para pelajar boleh memohon bantuan kewangan seperti PTPTN, MARA dan juga BKNS mengikut kelayakkan pelajar. Selain itu, sejak Cosmopoint ditubuhkan 21 tahun yang lalau hingga kini, Cosmopoint telah berjaya melahirkan lebih daripada 2000 graduan yang mampu bersaing dalam dunia pekerjaan sebenar.

Bagi pelajar yang masih ragu-ragu dengan pilihan masing masing, janganlah ragu-ragu sekiranya pelajar berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Cosmopoint khususnya di Cosmopoint Kota Kinabalu. Daftarlah segera untuk mengikuti pengambilan pelajar yang terdekat.

Sumber :  http://pengiktirafan.jpa.gov.my/

ADVERTISEMENT:

Adakah anda sedang mencari biasiswa? Untuk mendapatkan informasi biasiswa terkini di Malaysia layari >> www.pendidikanmalaysia.com