Tarikh Keputusan UPSR 2017 Keluar Untuk Semakan Online

Tentu ramai yang tertunggu-tunggu tarikh keputusan UPSR 2017 keluar supaya anda boleh laju-laju buat semakan online. Tapi tarikhnya belum diumumkan lagi.

Semakan terbaru ke laman portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) minggu ini belum ada khabar mengenai pengumuman keputusan UPSR dikeluarkan.


Mungkin kena tunggu berberapa harilah

Jika dilihat pada tahun-tahun lepas, kebiasaannya keputusan UPSR akan diumumkan dalam bulan November. Sekarang dah masuk pertengahan bulan November tapi belum diumumkan.

Tahukah anda keputusan UPSR boleh disemak melalui online dan juga SMS? Memang boleh dan ianya adalah aplikasi semakan keputusan UPSR yang paling pantas dan cepat.

Tidak seperti tahun-tahun dulu masa zaman 80-an yang mana pelajar perlu bergegas ke sekolah lama mereka untuk mengambil result.

Tetapi mengenang kembali zaman itu, memang ada kebaikannya sebab pada hari ambil keputusan ianya menjadi seperti reunion di mana kita berpeluang untuk berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama sebelum berpisah ke sekolah menengah masing-masing.

Memang masa itu mengambil keputusan UPSR di sekolah lama anda sangat menyeronokkan dan meriah.

Apa pun masa dan zaman semakin berubah, begitu juga dengan teknologi, membuat semakan keputusan UPSR sudah menjadi semakin mudah dan senang sekarang ini.

ADVERTISEMENT:

Adakah anda sedang mencari biasiswa? Untuk mendapatkan informasi biasiswa terkini di Malaysia layari >> www.pendidikanmalaysia.com